Aku Budak Diploma Sains

First² dapat result SPM, aku rasa sedih sikit sebab result aku x melayakkn diri untuk masuk asasi. Time mohon ipta kt UPU, aku x tau dh nk pilih apa sebb aku fikir nk smbung medic je. Disebbkn x tau, aku check kos yang sesuai dgn aku dkt laman web IMASCU. Aku check, peluang aku banyak dkt diploma berkaitan sains. So, time isi tu, aku letak jela segala jenis course sains yg ada time dkt UPU. Aku xde idea sains apa yg aku pilih. Diploma psl Engineering, aku letak bwh skali sebb hati memang x minat engineering. Hati aku minat perkara berkaitan biologi. Keluar result UPU, aku dpt Diploma Sains. Aku check balik pilihan ni pilihan ke berapa. Rupanya pilihan pertama. Aku dpt Diploma Sains dkt UiTM Tapah.
Ni gmbr dari sudut atas UiTM Tapah. Aku sejujurnya bila dpt kos ni, aku xde idea kos ni psl apa. Ada yg kata kos ni mcm asasi je tapi tempoh lama. Aku ingat cita² aku nk ambik medic telah hancur. Rupanya aku boleh smbung medic lps habis diploma. Aku gembira. Maka, mulalah hidup aku sbg pelajar diploma. Orang kata kos ni susah. So, time sem 1, aku rasa mcm nk keluar sebb duk fikir apa yang orang kata. Plus, asal aku ckp aku kos apa, orang mcm, "Sains apa?". Memang kos ni nama Diploma Sains je. Memandangkn fakulti aku nama Fakulti Sains Gunaan (FSG), makanya aku pun ckp, "err...Sains Gunaan". Banyak kali aku ckp nk tukar kos tp org sekeliling ckp baik habiskn je sebb rugi kalau start dari awl semula kalau nk masuk course baru. So, aku pun stay jela. Sepanjang 3 sem ni, Alhamdulillah. Aku masih survive. Allah permudahkn aku untuk xde repeat paper. *Btw, kos ni ada 5 sem je= 2 tahun setengah Btw, kos ni xde intern sebb yela, konsep dia lebih kurg sama mcm asasi. Kos ni utk just nk smbung ke degree sains yang kita nk. Kalau mcm asasi, awl² lagi dh terbahagi kepada dua aliran; Sains Fizikal dan Sains Hayat. Kalau diploma sains pulak, sem 4 nnti baru ada dua aliran, iaitu aliran Sains Fizikal dan Sains Biologi (sama mcm Sains Hayat). Tapi better fikir siap² nk ambik aliran apa sebb senior aku ckp, kalau betul² nk smbung ambik degree psl bio, better ambik aliran bio. Kalau nk ambik bnde² fizik mcm engineering ke apa, ambik fizik. Kalau kau minat degree bio tp ambik fizik, xde masalah. Cumanya, kau kne belajar lebih skit la time degree psl bio. Mcm budak aliran bio, kalau time degree nnti, kau mungkin aku fhm konsep² yang ada time degree nnti. Contohnya nk ambik medic, terms yg ada kt medic mungkin kau pernah dgr time diploma. Bnde yg aku blajar, sebenarnya banyak persamaan mcm apa budak asasi belajar. Cumanya aku x pasti apa yang membuatkan kos ni berbeza dgn asasi. Aku rasa, tempoh jela kot. Bila masuk diploma ni, aku lebih prefer diploma berbanding asasi sebb aku lemah bio time sekolah menengah. Smpai cikgu aku pun suruh drop bio kalau rasa x mampu nk ambik time SPM. Jujur aku rasa down gila² dan rasa mcm xde harapan nk ambik medic. But then, bila masuk diploma, baru aku tau mcm mne cara belajar yg betul utk aku. Bio pun aku makin ada improvement. Hmm... Tak dapat nafikan bahawa kos ni agak mencabar la jugak, terutama bila masuk sem 3 dan ke atas. Sem 3 pun aku dh rasa stress sebb ada 2 killer subjects. But itulah orang kata: Kita kne pandai manage masa kita. Mcm aku,aku masuk persatuan. So, aku kne pndai manage masa utk aku study dan untuk persatuan. Sem 3, rasa mcm letih sangat la sebb aku rasa mcm x dpt rehat secukupnya. Hujung minggu pun busy dengan event sana sini. Plus, dengan aku mengalami masalah tekanan emosi yang teruk membuatkan time menangement aku mengganggu skit. So, you need to have someone to talk to befor it's getting worse. But one more thing to be reminded is, "Never give up on something you want to achieve". Alhamdullah, rezeki Allah bagi kt aku. Sem 2 pernah dpt pointer lebih 3.50 ke atas la, which is one of my greatest achievement. Kos ni pun membuka minda aku bahawa ada je kos yang minat selain medic time degree nnti, iaitu Biomedical Science sebb aku minat sgt psl research. But kne tunggu habis sem 5 dulu dan overall CGPA, baru akn tau sama ada medic atau biomedical science adalah sesuai untuk aku. Kalau korg dpt Diploma Sains, tahniah! Jangan risau dan nervous psl kos ni. Allah letakkan kau dlm kos ni sebb Allah tahu kau mampu.Jangan risau kalau habis lambat sebb time diploma ni la, korg pun boleh dpt banyak pengalaman, especially pengalaman dalam nk buat lab report, pengalaman bedah² haiwan, dan byk lagi. It's just that we need to change our perspective towards something we believe that we can't do it. Ada je lecturer aku yang start dari diploma Sains and end up dapat jd lecturer after finishing their master, which is for me, itu kira power la. Rezeki ada di mana². Yakin pd Allah. Insha Allah. Korang nk tau apa lagi tentang Diploma Sains? Insha Allah aku akn cuba buat next episode of my diploma life. Hehe

Comments

Popular Posts